Senin, 18 Oktober 2010

Kenaikan harga minyak semenjak 2003

Kenaikan harga minyak semenjak 2003

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Harga minyak mentah, 2005-2007 (tidak diubah bagi inflasi)
Harga jualan petrol A.S., 2005-2007 (tidak diubah bagi inflasi)
Harga minyak dari 1861-2006 dalam dolar sehari (hitam) and dolar 2006 (oren).[1]
Dari pertengahan 1980-an hingga September 2003, harga terlaras inflasi untuk setong minyak mentah di NYMEX lazimnya berada di bawah $25/tong. Pada tahun 2004, harganya mencecah $40, kemudian $50. Pelbagai peristiwa telah menyebabkan harganya mencecah $60 pada 11 Ogos 2005, menembusi $75 untuk masa yang tidak lama pada pertengahan 2006, jatuh balik ke $60/tong pada awal tahun 2007, lalu naik mendadak menjadi $92/tong pada Oktober 2007 dan $99.29/tong untuk niagaan hadapan Disember di Bandar Raya New York pada 21 November 2007[2] Sepanjang separuh pertama tahun 2008, minyak sering mencatat harga tinggi yang memecah rekod. Pada 29 Februari 2008, harga minyak mencapai $103.05 setong,[3] lalu mencapai $110.20 pada 12 Mac,[4] iaitu rekod keenam dalam tujuh hari berniaga.[5] [6] Harga minyak pada 27 Jun 2008 mencecah $141.71 setong, untuk serahan bulan Ogos di NYMAX (selepas baru mencatat $140.56 setong), di sebalik ugutan Libya untuk mengurangkan pengeluaran, serta ramalan presiden OPEC bahawa harga mungkin mencecah $170 menjelang musim panas (di hemisfera utara).[7][8] Harga setong maksimum paling terkini ialah $143.67 yang tercatat pada 29 Jun 2008.[9]. Harga yang menghampiri takat $95–105 setong (dolar AS 2007) adalah setara dengan rekod terlaras inflasi sepanjang masa pada tahun 1980,[10] tetapi jelasnya telah ditembusi pada suku pertama tahun 2008. Dari segi harga minyak mentah, catatan AS berpandangan bahawa kali terakhir dilihat harga seumpamanya adalah pada 1860-an. Rujuk sini [11], dan laraskan untuk inflasi. Di luar AS, sejarah inflasi dan harga minyak memang berbeza, tetapi pada hakikatnya, selepas dilaras inflasi, harga yang mencecah $120 setong adalah di luar jangkaan sejak zaman terawal sekali penghasilan minyak komersil. Di AS, penggunaan petrol jatuh 0.5% pada dua bulan terawal tahun 2008 akibat harga semakin tinggi,[12] berbanding penurunan sejumlah 0.4% pada tahun 2007.[13]
Para pengulas berpendapat kenaikan harga sepanjang tempoh ini disebabkan pelbagai faktor, termasuk laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan pihak-pihak lain yang menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum,[14] kebimbangan akan kemuncak penggunaan minyak,[15] pergolakan di Timur Tengah, dan spekulasi harga minyak.[16] Sesetengah peristiwa turut menyumbangkan kesan jangka pendek kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea Utara,[17] krisis antara Israel dan Lebanon,[18] pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran,[19] dan "seratus faktor" lagi, termasuk subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negara-negara membangun seperti China dan India.[20]

Tidak ada komentar:

Posting Komentar